SPM Tuition
Subject

SARAWAK SET 1 2024 P2 Q6

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Pada 8 Mac 1956, setelah mendapat persetujuan Raja-Raja Melayu, kerajaan British telah mengumumkan pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau Suruhanjaya Reid.

    20 marks
    1. (a)

      Huraikan tugas Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

      [6]
    2. (b)

      Jelaskan langkah-langkah penggubalan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

      [6]
    3. (c)

      Baca dan teliti maklumat dalam petikan di bawah. Mutakhir ini, isu berkaitan kontrak sosial terus diungkit dan menjadi polemik dalam kalangan rakyat Malaysia pelbagai kaum. Siri polemik itu jika tidak ditangani mampu mengundang ketegangan kaum dan menggugat keselamatan negara. Sumber daripada Majlis Profesor Negara menyatakan konsep kontrak sosial itu merujuk kepada persetujuan bersama yang tercapai dalam kalangan pemimpin Melayu, Cina dan India pada tahun 1956. Persetujuan dan kesepakatan itu berlaku ketika Suruhanjaya Reid sedang mengumpulkan pandangan pelbagai pihak yang tinggal di negeri-negeri Tanah Melayu untuk menggubal Perlembagaan Persekutuan bagi mencapai kemerdekaan pada 1957. Perlembagaan negara kita unik kerana terhasil melalui perjuangan orang Melayu menolak Malayan Union dan rakyat menuntut kemerdekaan. Kontrak sosial bukan sekadar sebuah dokumen mengenai peraturan dan cara pengendalian sesebuah negara. Namun yang lebih penting lagi ia asas kontrak sosial antara pelbagai komponen yang saling berkaitan. (Sumber ubahsuai: http://www.sinarharian.com.my/article/52989/KOLUMNIS) Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan dan langkah bagi memastikan rakyat mematuhi kontrak sosial tersebut.

      [8]