SARAWAK SET 3 2024 P2 Q6
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Selepas meneliti pelbagai memorandum daripada Raja-raja Melayu, parti politik serta orang awam, Suruhanjaya Reid telah mengeluarkan draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
20 marks- (a)
Apakah kandungan draf Perlembagaan Suruhanjaya Reid?
[4] - (b)
Maklumat berikut berkaitan dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. Dalam usaha membentuk Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, satu perjanjian telah ditandatangani pada 5 Ogos 1957 yang dinamakan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. Berdasarkan maklumat di atas, jelaskan intipati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
[8] - (c)
Baca maklumat dalam petikan berikut. Walaupun Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi negara Malaysia, namun adakalanya ia juga dicabar. Perkara ini berlaku kerana masyarakat pada masa kini yang lebih celik teknologi dan berpendidikan tinggi cuba mendapatkan hak yang melebihi hak-hak yang telah termaktub dalam kontrak sosial pada masa dahulu. Dalam konteks Negara Malaysia, kontrak sosial merujuk kepada persetujuan yang dicapai sebelum merdeka di kalangan pemimpin Melayu, Cina dan India dan parti-parti yang mereka wakili, UMNO, MCA dan MIC. Bagaimanapun, kontrak sosial harus dianggap sebagai satu persetujuan di kalangan masyarakat berbilang kaum, bukan hanya pemimpin atau kumpulan elit tertentu tetapi segenap lapisan penduduk negara ini. (JABATAN PENERANGAN 2017) Jelaskan maklumat dalam petikan tersebut dan kesannya jika kontrak sosial negara tidak dipatuhi.
[8]