SBP 2025 P2 Q6
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1956 berperanan membincangkan, menyusun dan merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
20 marks- (a)
Terangkan perkara yang menjadi Terma Rujukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
[6] - (b)
Intipati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 menjadi asas Perlembagaan Persekutuan negara kita. Huraikan.
[6] - (c)
Baca maklumat dalam petikan berikut. "Raja Berperlembagaan adalah satu kelangsungan pemerintahan beraja. Kelangsungan yang dianggap ketinggalan zaman dalam kalangan setengah pihak yang rabun sejarah, lalu melakukan tafsiran dangkal, memilih untuk tidak mahu mengakui dan kurang mahu mendalami salasilah serta falsafah di sebalik institusi ini. Institusi Raja mengalami evolusi daripada sistem beraja mutlak kepada sistem Raja Berperlembagaan. Ia mempunyai nilai dan kepentingan tersendiri. Jika dulu, sebelum terbentuknya institusi Raja Berperlembagaan, Raja adalah tonggak berpusatnya segala kuasa dan arahan perundangan, tetapi hari ini institusi Raja sudah diikat dengan semangat perlembagaan moden. Namun, ia tetap penting kerana kedudukan dan kuasa yang ada padanya seperti diperuntukkan dalam perlembagaan. Kebelakangan ini, institusi yang sepatutnya dihormati berhadapan cabaran. Wujud pihak dan individu tertentu yang cuba mencanai persepsi negatif mengenai institusi Raja yang disebarkan melalui media sosial. Individu yang mengeluarkan kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong melalui media sosial amat ramai di negara kita. Demikian juga gelagat sesetengah ahli politik yang semakin melampau sehingga sanggup mengheret institusi Raja dalam kancah politik kepartian." Sumber diubah suai: https://www.bharian.com.my, 7 Mac 2015 Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.
[8]