SELANGOR 2025 P2 Q6
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Kerajaan British mengumumkan pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau Suruhanjaya Reid pada 8 Mac 1956 setelah mendapat persetujuan Raja-raja Melayu.
20 marks- (a)
Terangkan Terma Rujukan yang digunakan oleh suruhanjaya tersebut dalam melaksanakan peranannya.
[6] - (b)
Jelaskan intipati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
[6] - (c)
Teliti petikan berikut. Terdapat beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dalam implementasinya mencerminkan kepelbagaian dan kepentingan kaum di negara ini. Antara peruntukan yang menggambarkan kepelbagaian kaum ialah Perkara 8. Perlembagaan Persekutuan iaitu semua individu adalah sama dari segi layanan dan tindakan undang-undang dan ia menjurus kepada kepelbagaian hak serta kaum. Tidak kira Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Orang Ulu atau Dayak, semuanya sama dari segi tindakan undang-undang di bawah Perkara 8. Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan turut memperuntukkan tentang hak-hak istimewa orang Melayu dan kepentingan penduduk Orang Asli mana-mana negeri, Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah komuniti lain. Justeru, tidak tepat sekiranya terdapat mana-mana pihak menyatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak mempunyai kepentingan untuk kepelbagaian kaum. Sumber diubah suai: https://www.bernama.com, 6 Julai 2023 Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.
[8]