SPM Tuition
Subject

PAHANG 2025 P2 Q7

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Kedaulatan merupakan kewibawaan sesebuah negara yang membolehkan kerajaan melaksanakan pemerintahan dengan berkesan.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan peranan pemerintah dan rakyat bagi mencapai matlamat berikut: (i) Mewujudkan Kestabilan Politik dan Kemakmuran Ekonomi [4 markah] (ii) Mengekalkan Perpaduan Kaum [4 markah] (iii) Mengukuhkan Pertahanan Negara [4 markah]

      [12]
    2. (b)

      Baca maklumat dalam petikan berikut. Kedaulatan undang-undang menjadi prinsip keempat Rukun Negara. Ia bermaksud kerajaan mahupun rakyat tanpa mengira pangkat dan darjat adalah sama dan terikat di sisi undang-undang. Rakyat pula perlu mengikut undang-undang supaya keharmonian negara terpelihara. Dari segi kedaulatan antarabangsa, keanggotaan dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuktikan dunia mengiktiraf Malaysia sebagai negara bebas, merdeka dan berdaulat. Kedaulatan negara amat penting kerana dapat mengelakkan negara terus dijajah atau dijarah. Kerajaan perlu menangani isu ini secara berhemah, tetapi tegas demi memberi isyarat bahawa Malaysia tidak berkompromi dalam hal kedaulatan dan keselamatan negara. Sumber diubah suai: https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2021/06/829927 Berikan ulasan anda.

      [8]