JOHOR SET 2 2023 P2 Q9
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
[Gambar: logo Aman Palestin, MyCARE (Humanitarian Care Malaysia) dan MERCY Malaysia]
20 marks
- (a)
Apakah isu kemanusiaan dan keamanan dunia yang diperjuangkan oleh pertubuhan tersebut?
[4] - (b)
Huraikan keprihatinan rakyat Malaysia memperjuangkan isu di 9(a) melalui pertubuhan di atas.
[8] - (c)
Kebelakangan ini berlaku kenaikan harga barangan secara drastik sehingga mencapai tahap merisaukan rakyat. Sumber: Utusan/Afiq Razali, 9 Ogos 2023 PETALING JAYA: Harga barangan pengguna dijangka meningkat sehingga 20 peratus menjelang Oktober tahun ini dengan didorong dua faktor utama iaitu inflasi import dan peningkatan kos operasi perniagaan di Malaysia. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Dewan Perniagaan dan Industri India Kuala Lumpur dan Selangor (KLSICCI), Nivas Ragavan berkata, pihaknya mengesan peningkatan 20 peratus kos pengeluaran dan operasi dalam kalangan ahli KLSICCI sejak Januari lalu. Katanya, peningkatan kos itu ekoran kemerosotan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sehingga mendorong berlaku inflasi import pada kadar tinggi. “Sejak Januari sehingga Julai tahun ini, kejatuhan ringgit bermula pada kadar RM4.20 berbanding dolar AS dan sekarang RM4.60 berbanding dolar. Peningkatan sebanyak 10 peratus berlaku terhadap kemerosotan ringgit berbanding dolar AS. “Sudah pasti ia meningkatkan kos pengeluaran. Sepanjang rantaian bekalan sudah menyaksikan peningkatan kos dan akhirnya, kesan ini akan mengakibatkan produk pengguna di rantaian terakhir bekalan turut meningkat. Maka, pengguna akan menghadapi kesan inflasi import apabila harga barangan naik,” katanya di sini, semalam. Untuk rekod, Oxford Reference mentakrifkan inflasi import sebagai inflasi akibat kenaikan harga import. Menurut laman web itu, kenaikan harga produk akhir yang diimport secara langsung mempengaruhi sebarang ukuran inflasi berasaskan perbelanjaan. Sumber: Utusan/Afiq Razali, 9 Ogos 2023 Bincangkan kesan kenaikan harga barangan terhadap rakyat dan negara.
[8]