JOHOR SET 3 2023 P2 Q9
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Logo berikut berkaitan dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang memperjuangkan isu kemanusiaan dan keamanan dunia. [Logo: Aman Palestin; MyCARE (Humanitarian Care Malaysia); MERCY Malaysia; ABIM]
20 marks
- (a)
Apakah isu kemanusiaan dan keamanan dunia yang diperjuangkan oleh pertubuhan tersebut?
[4] - (b)
Jelaskan keprihatinan rakyat Malaysia memperjuangkan isu di 9(a) melalui pertubuhan di atas.
[8] - (c)
Petikan berikut berkaitan dengan sumbangan NGO Malaysia dalam bidang kemanusiaan. Penubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) khususnya dalam bidang bantuan kemanusiaan di negara kita kini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan dan ianya merancakkan lagi industri organisasi yang tidak berlandaskan keuntungan. Umum mengetahui bahawa objektif utama sesebuah bantuan kemanusiaan adalah untuk menyelamatkan nyawa, meringankan penderitaan dan juga menjaga maruah manusia. Ianya juga tertakluk kepada sekurang-kurangnya empat prinsip utama (core humanitarian principles) yang menggarisi setiap pergerakannya iaitu kemanusiaan, keadilan, tidak berpihak kepada mana-mana (neutral) dan bebas. Justeru, penerimaan dan sokongan padu masyarakat Malaysia terutamanya dalam memastikan usaha-usaha untuk menyelamatkan manusia, mengurangkan penderitaan dan juga menjaga maruah manusia yang digerakkan oleh NGO-NGO baharu dan lama adalah sangat penting. (Dipetik dan diubahsuai daripada http://www.astroawani.com) Penglibatan dalam isu kemanusiaan dan keamanan dunia melalui organisasi tersebut menyerlahkan nilai murni rakyat Malaysia di mata dunia. Beri ulasan anda.
[8]