SPM Tuition
Subject

JOHOR SET 7 2023 P2 Q9

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Isu alam sekitar penting dan perlu ditangani oleh Malaysia serta negara di Asia Tenggara.

    20 marks
    1. (a)

      Gambar di bawah menunjukkan contoh isu alam sekitar yang berlaku di Kuala Lumpur pada tahun 2014. [Gambar: Kuala Lumpur diselubungi jerebu] Berdasarkan gambar, apakah isu alam sekitar yang dihadapi Malaysia?

      [4]
      Diagram for question 22 (a)
    2. (b)

      Jelaskan langkah yang diambil oleh Malaysia bersama-sama negara ASEAN pada ketika itu.

      [8]
    3. (c)

      Baca maklumat dalam petikan berikut. Usaha Mengekalkan Kelestarian Global Menyertai Sidang Kemuncak Bumi dan Protokol Kyoto 1997 Mengisytiharkan Deklarasi Langkawi menjadikan Antartika sebagai warisan sejagat. Cabaran utama pengurusan alam sekitar ketika ini ialah mempersiapkan untuk menghadapi ekosistem yang tidak seimbang menerusi ketidaktentuan cuaca kesan pemanasan bumi. Kita perlu lebih proaktif dalam konteks serantau dan global bagi mengurangkan kesan pemanasan bumi. Kita perlu menyediakan kemudahan awam dan infrastuktur fizikal yang mengambil kira aspek perubahan iklim, misalnya mempersiapkan kemudahan penebatan banjir dan pesisir pantai di seluruh negara perlu dipantau secara berterusan untuk mengesan tanda-tanda hakisan pantai. Tindakan susulan perlu disegerakan termasuklah penanaman hutan bakau. Menyediakan garis panduan dan latihan untuk menghadapi pelbagai kemungkinan termasuk gempa bumi, banjir besar, tsunami dan kemarau panjang. Menyediakan direktori dan mengumpul seluruh kepakaran tempatan untuk berganding bahu mengurangkan ketidaktentuan cuaca. Kerajaan juga perlu menyediakan biaya khas untuk menangani bencana dan menjalankan kajian strategik terhadap fenomena perubahan cuaca yang melibatkan aspek bekalan air, kesihatan awam, risiko alam sekitar dan pelepasan gas karbon dalam pelbagai sektor. Sumber ubahsuai : Zaini Ujang 2008, Dasar Alam Sekitar Malaysia -Tinjauan Kritis, Seminar Akademi Sains Islam Malaysia. Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kesan terhadap negara sekiranya isu ini tidak diatasi.

      [8]