SPM Tuition
Subject

MELAKA 2023 P2 Q9

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Kelantangan Malaysia menyuarakan ketidakadilan dalam ekonomi dan bertindak tegas bagi memastikan ekonomi negara tidak terjejas, wajar dijadikan pengajaran.

    20 marks
    1. (a)(i)

      Jelaskan peranan Malaysia dalam hubungan ekonomi antarabangsa berikut: (i) Meluaskan Pasaran Ekonomi

      [3]
    2. (a)(ii)

      (ii) Kerjasama Pembangunan Ekonomi Segi Tiga

      [3]
    3. (b)

      Berdasarkan buku yang diberikan di bawah: [Gambar: Buku tentang krisis kewangan Malaysia] Sumber: Mahathir Mohamad, 2000. The Malaysian Currency Crisis Terangkan kesan krisis ekonomi yang melanda kebanyakan negara Asia termasuk negara kita.

      [6]
      Diagram for question 24 (b)
    4. (c)

      Teliti laporan berita di bawah. KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia mampu berdaya tahan dan menganjak pertumbuhan di sebalik cabaran pasaran global. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kadar inflasi menurun daripada 2.8 peratus pada Mei 2023 kepada 2.4 peratus pada Jun 2023. Pengangguran juga berjaya mencatat kadar terendah pasca pandemik sebanyak 3.4 peratus pada Jun lalu berbanding 3.5 peratus bulan sebelumnya. Langkah-langkah untuk menstruktur semula ekonomi Malaysia serta menjamin pembangunan inklusif untuk rakyat. Beliau berkata, aspek tumpuan termasuklah menambah baik proses untuk mengendalikan perniagaan, membawa pelaburan-pelaburan berkualiti untuk menjana pekerjaan bergaji lebih tinggi, memastikan tatakelola baik, dan memperkukuh perkhidmatan awam yang berkualiti serta prasarana yang lebih baik bagi mempertingkatkan mutu hidup rakyat. Sumber : Laporan Bernama 18 Ogos 2023 Huraikan mesej yang terkandung dalam berita tersebut dan cadangan mengatasi masalah ekonomi semasa.

      [8]