SPM Tuition
Subject

MRSM 2023 P2 Q9

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Senarai berikut berkaitan dengan penglibatan negara kita dalam usaha mengekalkan kelestarian alam sekitar. • Mengisytiharkan Deklarasi Langkawi • Memperjuangkan isu Antartika

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan mengenai Deklarasi Langkawi.

      [6]
    2. (b)

      Terangkan peranan Malaysia dalam memperjuangkan isu Antartika sebagai warisan sejagat.

      [6]
    3. (c)

      Baca petikan berikut. Bernama baru-baru ini memaparkan laporan eksklusif bersiri dua bahagian tentang aduan penduduk berdekatan yang tidak tahan dengan asap yang keluar dari tapak pelupusan sampah itu, serta mereka juga bimbang terhadap pencemaran tanah dan air. Penduduk berkata tidak banyak tindakan diambil sebelum ini walaupun banyak aduan dilaporkan. Majlis Perbandaran Klang (MPK) menerusi satu kenyataan mengesahkan terdapat pembakaran sisa plastik di tapak itu. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, beberapa bahan kimia dikeluarkan daripada pembakaran sisa plastik adalah toksik dan boleh menyebabkan kanser, seperti dioxin. "Tindakan serta-merta yang dilaksanakan, memadam kebakaran timbunan sampah yang dipercayai sisa plastik kitar semula dengan kerjasama pihak Jabatan Bomba," menurut kenyataan itu. Sumber: https://www.hmetro.com.my Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan dan beri cadangan untuk mengatasi masalah tersebut.

      [8]