SPM Tuition
Subject

PERLIS 2023 P2 Q9

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Gambar berikut berkaitan isu alam sekitar yang telah menyebabkan penurunan taraf kesihatan dan keselamatan penduduk di Malaysia dan Asia Tenggara. [Gambar: Pencemaran alam sekitar] Sumber : https://alamsekitarterkini.wordpress.com

    20 marks
    Diagram for question 29
    1. (a)

      Jelaskan langkah-langkah yang diambil oleh Malaysia bersama-sama negara Asia Tenggara yang lain untuk mengatasi isu tersebut.

      [6]
    2. (b)

      Mengapakah alam sekitar menjadi elemen penting dalam kehidupan manusia di seluruh dunia? Beri alasan anda.

      [6]
    3. (c)

      Baca maklumat dalam petikan berikut. Tidak ada bahagian bumi tidak tersentuh kesan aktiviti manusia atau pencemaran. Semakin meningkat populasi manusia dan peningkatan penggunaan per kapita, memberi kekangan besar terhadap sumber semula jadi. Peningkatan kawasan urbanisasi, perindustrian baharu dan amalan pertanian moden mencemarkan sumber air, udara dan tanah seluruh dunia. Sumber semula jadi tidak hanya dieksploitasi berlebihan, tetapi dicemari bahan kimia beracun sehingga dikhuatiri menyukarkan kelangsungan hidup generasi akan datang. Laporan World Cities Report 2020 oleh Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN HABITAT) menjelaskan pembangunan bandar terancang dapat menghasilkan nilai persekitaran sangat besar. Kecekapan sumber lebih besar bermaksud penggunaan kepada sumber tenaga lebih sedikit. Dicadangkan supaya dapat mengelak penggunaan tanah yang luas secara tidak terancang demi melindungi kawasan semula jadi dan pertanian untuk kelangsungan kehidupan masa hadapan. Sumber ubah suai : [email protected] 23 Julai 2021 Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kesannya terhadap negara jika pencemaran alam sekitar terus berlaku.

      [8]