PULAU PINANG 2025 P2 Q9
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Malaysia terus memperkukuh hubungan ekonomi dengan pengagihan dana pelaburan utama untuk mengurangkan kebergantungan kepada pasaran tunggal. Sumber: https://www.astroawani.com
20 marks- (a)
Jelaskan peranan Malaysia dalam hubungan ekonomi antarabangsa berikut: (i) Meluaskan pasaran ekonomi. [6 markah] (ii) Menangani masalah kemelesetan ekonomi [6 markah]
[12] - (b)
Baca petikan berikut. Sesebuah negara harus bebas menentukan dasar yang terbaik demi kepentingan negara, tanpa menurut telunjuk kepada mana-mana pihak luar. Kehendak dan keperluan rakyat merupakan asas utama dalam merangka dasar negara, terutama dalam hubungan perdagangan dan ekonomi. Kita tidak boleh tunduk kepada mana-mana pihak dalam menentukan polisi kita. Kita perlu berpandukan kepada apa yang terbaik untuk negara kita, berpandukan aspirasi rakyat sendiri. Malaysia bekerjasama secara efektif dalam pelbagai bidang dan inilah haluan masa hadapan kita. Terdapat keperluan untuk memperluaskan jalinan kerjasama Malaysia dengan negara-negara Selatan Global. Usaha ini mampu membuka peluang baharu yang besar serta memanfaatkan potensi ekonomi yang belum diteroka di rantau ini. Kita perlu mengalihkan fokus sedikit daripada hanya mengutamakan rakan kongsi tradisional dan melihat potensi serta peluang baharu dengan Selatan Global. Sumber diubah suai: https://www.astroawani.com/ Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.
[8]