SPM Tuition
Subject

SABAH 2023 P2 Q9

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Malaysia mengamalkan ekonomi pasaran bebas selari dengan perkembangan yang berlaku dalam ekonomi antarabangsa.

    20 marks
    1. (a)

      Terangkan bagaimana Malaysia menghadapi kemelesetan ekonomi yang bermula dengan kejatuhan nilai ringgit pada tahun 1997.

      [6]
    2. (b)

      Malaysia memainkan peranan besar dalam hubungan ekonomi antarabangsa. Jelaskan.

      [6]
    3. (c)

      Baca maklumat berikut. KUALA LUMPUR: Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) hari ini mengesahkan komitmen untuk mempergiat kerjasama bagi mengukuhkan hubungan ekonomi dua hala, serta di peringkat pelbagai hala dan serantau, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata komitmen itu dizahirkan semasa pertemuan di antara Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan rakan sejawatannya dari AS, Duta Katherine Tai, selaku Wakil Perdagangan AS di Menara Miti Kuala Lumpur. Kementerian itu berkata sebagai juara dalam sistem perdagangan pelbagai hala, Malaysia dan AS berkongsi rekod prestasi yang kukuh bagi hasil progresif dalam pelbagai forum antarabangsa. Menyedari keperluan untuk mengukuhkan integrasi ekonomi serantau, Tengku Zafrul memuji peranan AS dalam merintis Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik bagi Kemakmuran (IPEF), sebuah pakatan perdagangan serantau dengan 14 ahli yang membincangkan kemudahan perdagangan; ketahanan rantaian bekalan; tenaga bersih, penyahkarbonan dan perubahan iklim; serta cukai dan rasuah. "Tai berkongsi bahawa AS membayangkan keputusan oleh IPEF adalah pragmatik dan berpandangan ke hadapan kerana ia bukanlah perjanjian perdagangan konvensional." Sambil mengulangi kenyataan Tai, Tengku Zafrul menambah adalah penting bagi IPEF untuk menggariskan hasil yang ketara ke arah mencapai objektif perdagangan dan pelaburan bersama di rantau Indo-Pasifik," kata kementerian itu. Menurut Miti, Tengku Zafrul dan Tai bersetuju bahawa pematuhan terhadap prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam perniagaan adalah cara utama untuk ke hadapan. (Sumber: Bernama, 16 Februari 2023) Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan berikan komen anda.

      [8]