SPM Tuition
Subject

SARAWAK 2023 P2 Q9

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Poster berikut berkaitan dengan Non-Government Organization – NGO (Pertubuhan Bukan Kerajaan) Malaysia yang aktif dalam bidang kesukarelawan. [Poster: Aman Palestin – aid for freedom]

    20 marks
    Diagram for question 32
    1. (a)

      Apakah isu Palestin yang giat diperjuangkan oleh NGO Malaysia?

      [6]
    2. (b)

      Jelaskan bantuan kemanusiaan yang diberikan oleh NGO dalam isu Palestin.

      [6]
    3. (c)

      Pernyataan di bawah berkaitan dengan pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan isu Palestin. JAKARTA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini, berkata hak asasi rakyat Palestin perlu dihormati dan menggesa semua negara supaya mengambil pendirian yang sama ketika membantah serangan Rusia ke atas Ukraine. ".. kita suarakan dengan tegas, hormat hak rakyat Palestin, hormat nilai kemanusiaan, hormat hak asasi," katanya kepada media selepas menghadiri majlis penutup sidang kemuncak itu. Perdana Menteri juga berkata, Turki mencadangkan agar Malaysia dan republik itu mengadakan pertemuan di New York bagi menangani isu perkauman dan Islamofobia. "Presiden (Recep) Tayyip Erdogan meminta saya bersama-sama membantu menganjurkan satu pertemuan dalam waktu yang lebih kurang sama di New York untuk menentang sikap pelampau perkauman dan sentimen antiagama atau Islamofobia. "... Presiden Erdogan sudah setuju dengan saya untuk menganjur pertemuan ini dan kalau boleh, kita perluaskan kepada negara-negara Islam dan negara lain yang bersama (dengan kita)," katanya. Sumber: Berita Harian, 7 September 2023 Jelaskan mesej daripada petikan di atas, dan kepentingan menghormati hak asasi negara lain.

      [8]