SPM Tuition
Subject

TERENGGANU 2022 P2 Q9

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Rajah berikut berkaitan usaha mengekalkan kelestarian global di dunia. Usaha Mengekalkan Kelestarian Global: • Menyertai Sidang Kemuncak Bumi dan Protokol Kyoto 1997 • Mengisytiharkan Deklarasi Langkawi • Menjadikan Antartika sebagai warisan sejagat

    20 marks
    1. (a)

      Mengapakah Malaysia bersungguh-sungguh mengekalkan kelestarian global?

      [4]
    2. (b)

      Jelaskan sumbangan Malaysia dalam mengekalkan kelestarian global di dunia.

      [8]
    3. (c)

      Baca maklumat dalam petikan berikut Cabaran utama pengurusan alam sekitar ketika ini ialah mempersiapkan untuk menghadapi ekosistem yang tidak seimbang menerusi ketidaktentuan cuaca kesan pemanasan bumi. Kita perlu lebih proaktif dalam konteks serantau dan global bagi mengurangkan kesan pemanasan bumi. Kita perlu menyediakan kemudahan awam dan infrastruktur fizikal yang mengambil kira aspek perubahan iklim, misalnya mempersiapkan kemudahan penebatan banjir dan pesisir pantai di seluruh negara perlu dipantau secara berterusan untuk mengesan tanda-tanda hakisan pantai. Tindakan susulan perlu disegerakan termasuklah penanaman hutan bakau. Menyediakan garis panduan dan latihan untuk menghadapi pelbagai kemungkinan termasuk gempa bumi, banjir besar, tsunami dan kemarau panjang. Menyediakan direktori dan mengumpul seluruh kepakaran tempatan untuk berganding bahu mengurangkan ketidaktentuan cuaca. Kerajaan juga perlu menyediakan biaya khas untuk menangani bencana dan menjalankan kajian strategik terhadap fenomena perubahan cuaca yang melibatkan aspek bekalan air, kesihatan awam, risiko alam sekitar dan pelepasan gas karbon dalam pelbagai sektor. Sumber ubahsuai: Zaini Ujang 2008, Dasar Alam Sekitar Malaysia - Tinjauan Kritis, Seminar Akademi Sains Islam Malaysia. Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kesan terhadap negara sekiranya isu ini tidak diatasi.

      [8]