JOHOR SET 2 2023 P2 Q7
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi sebagai teras pemerintahan sesebuah negara.
20 marks- (a)
Jelaskan asas pembentukan Perlembagaan Persekutuan.
[4] - (b)
Terangkan ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan.
[8] - (c)
Baca maklumat dalam petikan berikut. KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka membentangkan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkenaan isu kewarganegaraan anak kepada wanita rakyat Malaysia dan pasangan warga asing yang lahir di luar negara dalam sidang Dewan Rakyat, September ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu terlebih dahulu akan dikemukakan dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berlangsung dalam minggu ini. Katanya, beberapa isu kritikal menyumbang kepada cabaran dihadapi oleh orang tanpa kerakyatan di Malaysia bagi kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara kepada ibu Malaysia. Langkah itu bagi membolehkan kanak-kanak yang dilahirkan oleh wanita warga Malaysia di luar negara mendapat hak kerakyatan negara ini, sama seperti anak kepada bapa warga Malaysia yang lahir di luar negara. Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kesannya terhadap negara sekiranya daya usaha kerajaan tidak berjaya.
[8]