JOHOR SET 5 2023 P2 Q7
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi sebagai teras pemerintahan sesebuah negara.
20 marks- (a)
Jelaskan ciri perlembagaan dari aspek pemerintahan beraja.
[4] - (b)
Pindaan Perlembagaan 1963 memasukkan beberapa klausa baharu. Bincangkan.
[8] - (c)
Petikan berikut berkaitan kepentingan Perlembagaan Malaysia. “…Antara kepentingan utama Perlembagaan Malaysia adalah mengukuhkan perpaduan antara kaum. Umum sedia maklum, rakyat yang menetap di negara kita terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama. Setiap di antara kita mempunyai perbezaan dari setiap aspek dan generasi terdahulu iaitu nenek dan moyang kita berjaya menunjukkan sifat toleransi serta telah mewujudkan masyarakat majmuk walaupun dalam kesusahan hidup pada ketika itu. Dengan wujudnya Perlembagaan Malaysia, hak dan kebebasan warganegara terjamin. Sebagai contoh, warganegara Malaysia berhak mendapat perlindungan yang sama rata daripada pihak berkuasa seperti polis dan tentera supaya keselamatan diri dan negara terjamin…” (Sumber: https://www.ipendidikan.my/kepentingan-perlembagaan-malaysia.html) Perlembagaan menjadi kunci kepada pembentukan sebuah negara yang harmoni. Berikan ulasan anda.
[8]