PERAK 2022 P2 Q7
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
[Gambar: Mesyuarat Pertama Majlis Negeri Perak] Gambar di atas merujuk kepada Mesyuarat Pertama Majlis Negeri Perak pada tahun 1877.
20 marks
- (a)
Sejarah penggubalan Perlembagaan Persekutuan bermula sejak tahun 1877. Jelaskan.
[4] - (b)
“Sungguhpun perlembagaan itu digubal oleh orang asing, tetapi ia berlandaskan beberapa faktor sejarah Tanah Melayu yang lampau. Ini berlaku kerana Suruhanjaya Reid perlu memberi pertimbangan kepada memorandum yang telah diterimanya dan kenyataan lisan yang telah didengarnya.” Malaysia: Warisan dan Perkembangan: Zainal Abidin Abdul Wahid halaman 38 Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan sejarah dan peranan Suruhanjaya Perlembagaan sehingga terhasilnya Perlembagaan Persekutuan 1957.
[6] - (c)
[Gambar: Malaysia Agreement, Signed on 9th July 1963 at London] Perlembagaan Persekutuan pernah melalui dua fasa pindaan yang penting iaitu Pindaan 1963 dan Pindaan 1965. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan perbandingan antara pindaan Perlembagaan 1963 dengan pindaan Perlembagaan 1965?
[10]