SPM Tuition
Subject

SABAH 2022 P2 Q7

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Malaysia sebuah negara yang unik yang mempunyai perlembagaan berasaskan ciri tradisional dan moden. Kedua-dua ciri ini saling melengkapi antara satu sama lain. Apabila Malaysia dibentuk pada tahun 1963, pindaan perlembagaan dilakukan bagi menyesuaikannya dengan Sarawak dan Sabah. Pindaan perlembagaan yang dilakukan pada tahun 1965 menyaksikan pemisahan Singapura dari Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, kita bertanggungjawab mempertahankan perlembagaan demi kedaulatan negara.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan ciri moden yang telah digabungkan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

      [6]
    2. (b)

      Terangkan kesan pindaan perlembagaan yang dilakukan pada tahun 1963.

      [6]
    3. (c)

      Soalan 7(c) berdasarkan jadual di bawah. Tahun: 1963 | Pindaan Perkara: Penggabungan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura Tahun: 1965 | Pindaan Perkara: Pemisahan Singapura dari Malaysia Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dipinda dari semasa ke semasa. Pada pandangan anda, sejauh manakah pindaan perlembagaan negara yang dilaksanakan memberi manfaat dalam sistem pemerintahan di negara kita?

      [8]