SELANGOR SET 2 2024 P2 Q7
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Perlembagaan Persekutuan merupakan peraturan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara.
20 marks- (a)
Jelaskan ciri-ciri tradisional dalam Perlembagaan Persekutuan.
[6] - (b)
Perlembagaan Persekutuan mempunyai keunikan kerana turut mengandungi ciri-ciri moden. Buktikan.
[6] - (c)
Baca petikan berikut. Perlembagaan Persekutuan memperakui dan menerima bentuk pembinaan negara bangsa Malaysia yang dipersetujui oleh negarawan kemerdekaan negara antaranya, Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun V.T. Sambanthan. Perlembagaan itu dipegang sebagai panduan hidup bernegara dalam aman damai dan perpaduan. Perlembagaan Persekutuan menggariskan pasak negara, iaitu kedudukan Raja Berperlembagaan, Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Perkara 153 menjaga kedudukan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Mengambil kira rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan, Raja Berperlembagaan menjadi simbol perpaduan, bahasa ibunda boleh dipelajari, agama lain diamalkan dan Perkara 153 juga menjamin kepentingan minoriti lainnya. Hakikatnya, tiada negara dalam dunia tidak memiliki kumpulan etnik yang menjadi pengasasnya. Nyata daripada pembentukan Perlembagaan Persekutuan, Malaysia sebuah negara berasaskan etnik, anak watannya Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dan warganegaranya terdiri kepelbagaian etnik dan agama. Sumber: https://www.bharian.com.my/authors/oleh-prof-dr-mansor-mohd-noor, 18 Disember 2018 Huraikan mesej yang terkandung dalam petikan tersebut dan iktibar yang boleh diambil.
[8]