SPM Tuition
Subject

JOHOR SET 5 2023 P2 Q3

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Malaysia mengamalkan sistem pentadbiran Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang memberi hak kepada rakyat untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya serta memiliki kebebasan asasi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

    10 marks
    1. (a)

      Senaraikan dua kebebasan asasi berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. (i) (ii)

      [2]
    2. (b)

      Terangkan gabungan unsur tradisional dan moden dalam pentadbiran negara kita.

      [4]
    3. (c)

      Petikan di bawah berkaitan dengan hak asasi manusia. Setiap warganegara Malaysia mempunyai kebebasan mengikut peruntukan undang-undang. Mereka mempunyai hak berhubung soal sivik dan politik. Dalam kebebasan pendidikan rakyat bebas belajar setinggi mana pun. Dalam kebebasan sosial pula, setiap rakyat bebas bergaul atau menjalankan apa jua kegiatan yang sihat. Begitu juga, dalam kebebasan kebudayaan, rakyat boleh mengamalkan cara hidup dan budaya mereka. (Sumber: https://www.bharian.com.my/kolumnis/2016/03/137097/kebebasan-hak-asasi-manusia-perlu-ada-batasan. Dipetik pada 25 Mac 2016) Berdasarkan maklumat tersebut, jelaskan kesan sekiranya kebebasan hak asasi disalahgunakan.

      [4]