JOHOR SET 4 2024 P2 Q7
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Gambar berikut merujuk kepada Yang di-Pertuan Agong Ketujuh Belas. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
20 marks
- (a)
Bagaimanakah Yang di-Pertuan Agong dipilih?
[4] - (b)
Terangkan bidang kuasa dan peranan Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan Malaysia.
[8] - (c)
Baca maklumat dalam petikan tersebut. Majlis Raja-Raja mempunyai hubungan dengan Kesultanan Melayu bukan sahaja kerana raja-raja menjadi anggota majlis berkenaan, tetapi kerana majlis juga diberi tanggungjawab mengambil alih kuasa pengampunan di peringkat negeri. Majlis Raja-Raja juga berada dalam kedudukan menjadi jurubicara bagi institusi beraja dan pihak yang mempertahankan kepentingan dan kehormatan institusi berkenaan. Majlis Raja-Raja juga boleh berfungsi sebagai penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong. Nasihat yang boleh diberikan perlu dibataskan kepada soal-soal yang bersifat budi bicara, yang tidak terletak di bawah penguasaan kabinet. Hubungan Majlis Raja-Raja dengan institusi beraja wujud dalam pelbagai bentuk. Yang terpenting ialah kedudukan dan kuasa Majlis Raja-Raja sebagai pihak berkuasa yang diberi kuasa mempertahankan segala keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja-raja daripada dikurangi oleh Parlimen. Kuasa ini dikanunkan dalam Perlembagaan Persekutuan sejak tahun 1957. (Sumber ubah suai: Abdul Aziz Bari, 2002. Majlis Raja-Raja: Kedudukan dan Peranan dalam Perlembagaan Malaysia, DBP, Kuala Lumpur) Jelaskan maklumat dalam petikan tersebut dan mengapakah institusi ini perlu dikekalkan.
[8]