SPM Tuition
Subject

JOHOR SET 2 2025 P2 Q8

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, peranan Majlis Raja-Raja dikekalkan, namun keanggotaannya mengalami perubahan.

    20 marks
    1. (a)

      Apakah fungsi Majlis Raja-Raja?

      [4]
    2. (b)

      Huraikan kuasa dan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam pemerintahan negara.

      [8]
    3. (c)

      Baca maklumat dalam petikan tersebut. Majlis Raja-Raja mempunyai hubungan dengan Kesultanan Melayu bukan sahaja kerana raja-raja menjadi anggota majlis berkenaan, tetapi kerana majlis juga diberi tanggungjawab mengambil alih kuasa pengampunan di peringkat negeri. Majlis Raja-Raja juga berada dalam kedudukan menjadi jurubicara bagi institusi beraja dan pihak yang mempertahankan kepentingan dan kehormatan institusi berkenaan. Majlis Raja Raja juga boleh berfungsi sebagai penasihat kepada Yang Di Pertuan Agong. Nasihat yang boleh diberikan perlu dibataskan kepada soal-soal yang bersifat budi bicara, yang tidak terletak di bawah penguasaan kabinet. Hubungan Majlis Raja-Raja dengan institusi beraja wujud dalam pelbagai bentuk. Yang terpenting ialah kedudukan dan kuasa Majlis Raja-Raja sebagai pihak berkuasa yang diberi kuasa mempertahankan segala keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja-raja daripada dikurangi oleh Parlimen. Kuasa ini dikanunkan dalam Perlembagaan Persekutuan sejak tahun 1957 Sumber ubah suai: Abdul Aziz Bari, 2002. Majlis Raja-Raja: Kedudukan dan Peranan dalam Perlembagaan Malaysia, DBP. Kuala Lumpur Jelaskan maklumat yang terdapat dalam petikan dan mengapakah institusi ini perlu dikekalkan?

      [8]