SPM Tuition
Subject

KELANTAN 2025 P2 Q7

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen berkait rapat dengan latar belakang sejarah pemerintahan beraja di negara kita.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan latar belakang pemerintahan beraja di Malaysia.

      [6]
    2. (b)

      Rajah berikut berkaitan dengan ciri Demokrasi Berparlimen di negara kita. Demokrasi Berparlimen: • Amalan Pilihan Raya • Kebebasan Asasi • Pembahagian Kuasa Terangkan ciri Demokrasi Berparlimen tersebut.

      [6]
    3. (c)

      Baca petikan berikut. Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai ketua negara. Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat sedemikian untuk membolehkan pelaksanaan sistem ini. Salah satu kriteria sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (pentadbiran). Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukkan oleh Perlembagaan, institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Raja-raja Melayu adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan pentadbiran agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah ketua agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Sumber : https://www.parlimen.gov.my/ Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kepentingannya terhadap kestabilan negara kita.

      [8]