KUALA LUMPUR 2025 P2 Q7
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa yang luas dalam sistem pemerintahan negara kita.
20 marks- (a)
Bagaimanakah kedudukan Yang di-Pertuan Agong dalam Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan?
[4] - (b)
Jelaskan kuasa baginda dalam aspek berikut: (i) Kuasa Eksekutif [4 markah] (ii) Kuasa Perundangan [4 markah]
[8] - (c)
Baca maklumat dalam petikan berikut. Konsep raja berperlembagaan bukanlah sesuatu yang baharu mahupun asing jika dilihat dalam konteks amalan demokrasi moden. Berbeza dengan konsep pemerintahan monarki mutlak, konsep raja berperlembagaan menjamin kedudukan dan kuasa raja di bawah perlembagaan sesebuah negara tersebut. Konsep pemerintahan raja berperlembagaan diguna pakai dibanyak negara didunia pada hari ini, termasuklah di Britain, Jordan, Maghribi, Belanda, Sepanyol, Belgium, Sweden, Jepun, dan tidak ketinggalan juga di negara kita, Malaysia. Institusi Yang di-Pertuan Agong adalah ciptaan yang dimuafakati oleh Raja-Raja Melayu menjelang pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Peranan Yang di-Pertuan Agong tidaklah terhad kepada badan eksekutif dan perundangan, malah turut meliputi fungsi berkaitan dengan badan kehakiman. Dalam hal ini, Perlembagaan Persekutuan menerusi Perkara 122B memperuntukkan bahawa baginda mempunyai kuasa untuk melantik hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi. Baginda juga mempunyai hak untuk merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan apa-apa pandangan berkenaan dengan mana-mana perkara yang berkaitan dengan peruntukan Perlembagaan. Dalam pada masa yang sama, baginda turut mempunyai kuasa untuk memberi keampunan, menunda hukum dan lega hukum terhadap sesuatu kesalahan seperti mana yang termaktub dibawa Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. Sumber ubah suai: https://www.sinarharian.com.my/, 5 Februari 2024 Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan dan kepentingan mengekalkan sistem raja berperlembagaan.
[8]