MELAKA 2025 P2 Q7
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Malaysia ialah sebuah negara berdaulat yang mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
20 marks- (a)(i)
Jelaskan sistem pemerintahan berikut. (i) Raja Berperlembagaan
[6] - (a)(ii)
(ii) Demokrasi Berparlimen
[6] - (b)
Baca petikan berikut. KUALA LUMPUR: Institusi Raja Berperlembagaan adalah penting untuk dikekalkan bagi memastikan bahawa demokrasi berparlimen yang diamalkan negara ini sejak mencapai kemerdekaan terus terpelihara secara adil dan saksama. Pensyarah undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Madya Khairil Azmin Mokhtar berkata ini kerana institusi berkenaan bersifat neutral serta tidak berpihak kepada mana-mana parti dalam menentukan kerajaan yang akan mentadbir negara. Beliau berkata menerusi sistem berparlimen, antara peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara adalah untuk melantik ketua kerajaan atau perdana menteri yang akan mentadbir negara ini. "Bila ada raja maka ada kesinambungan dan tidak perlu pilihan raya untuk rakyat pilih ketua negara, cuma ada pilihan raya untuk memilih kerajaan," katanya ketika menjadi tetamu pada program "Apa Khabar Malaysia" terbitan Bernama TV hari ini. Khairil Azmin berkata keunikan peranan Yang di-Pertuan Agong adalah apabila berlaku situasi Parlimen tergantung, yakni sekiranya tiada mana-mana parti memperoleh kemenangan majoriti pada pilihan raya umum (PRU). (Sumber diubahsuai: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/institusi-raja-berpelembagaan-penting-untuk-pelihara-sistem-demokrasi) Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan. Apakah kesan jika sistem Raja Berperlembagaan tidak dipertahankan?
[8]