PAHANG 2022 P2 Q7
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pemerintahan beraja di negara kita. Malaysia adalah antara negara yang masih mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan. Sistem ini merupakan warisan sistem politik yang masih kekal sehingga hari ini. Institusi Raja di Malaysia adalah satu institusi tradisional yang sedia ada sebagai teras sistem pemerintahan sesebuah kerajaan Melayu yang telah muncul berabad-abad lamanya. Sumber: https://www.mais.gov.my
20 marks- (a)
Apakah yang anda faham tentang konsep Raja Berperlembagaan?
[3] - (b)
Rajah berikut berkaitan peranan Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong → Kuasa Eksekutif | Kuasa Perundangan | Kuasa Kehakiman Terangkan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong tersebut.
[9] - (c)
Teliti gambar-gambar berikut: [Gambar: Yang di-Pertuan Agong bersama rakyat di tepi jalan dan menaiki bot di kawasan banjir] Buktikan konsep "Raja Berjiwa Rakyat" yang dimiliki oleh Yang di-Pertuan Agong.
[8]