SPM Tuition
Subject

PUTRAJAYA SET 2 2025 P2 Q7

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Amalan demokrasi di Malaysia boleh dilihat dengan jelas menerusi pilihan raya yang dijalankan sejak negara mencapai kemerdekaan. Selain itu, asas kebebasan asasi menjadi tunjang kepada amalan demokrasi termaktub dalam Bahagian II, Perlembagaan Persekutuan. Sumber: Kamarulnizam Abdullah (ed), Malaysia dalam Hubungan Antarabangsa Serantau, Penerbit Universiti Utara Malaysia

    20 marks
    1. (a)

      Terangkan amalan demokrasi di Malaysia dilaksanakan melalui proses pilihan raya.

      [4]
    2. (b)

      Jelaskan kebebasan asasi di negara kita berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

      [8]
    3. (c)

      Teliti petikan berikut. Dalam konteks kehidupan bermasyarakat dan bernegara, undang-undang mempunyai peruntukan yang mengawal kebebasan rakyat supaya kehidupan bermasyarakat tidak menjadi huru-hara. Kawalan yang dilaksanakan bertujuan menjamin kerukunan, keharmonian dan solidariti serta keselamatan negara supaya tidak diganggu-gugat oleh anasir subversif. Oleh itu, untuk memastikan ada kawalan terhadap perkara tersebut, maka di bawah Perkara 10(2) Perlembagaan Malaysia memperuntukkan Parlimen boleh menggubal undang-undang untuk mengenakan sekatan yang perlu demi kepentingan keselamatan negara. Undang-undang itu diwujudkan untuk mengawal aktiviti berkaitan hak asasi supaya tidak membawa mudarat kepada negara dan masyarakat. Sumber diubahsuai: www.utusan.com.my Berikan ulasan anda berkaitan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.

      [8]