JOHOR SET 1 2022 P2 Q7
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Pentadbiran kerajaan Malaysia dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan.
20 marks- (a)
Jelaskan bidang kuasa berikut. (i) Kerajaan Persekutuan. [4 markah] (ii) Kerajaan Negeri. [4 markah] (iii) Kerajaan Tempatan. [4 markah]
[12] - (b)
Baca maklumat yang terdapat dalam berita di bawah. Kerjasama Persekutuan - Negeri pacu pemulihan ekonomi, kestabilan politik. JOHOR BAHRU - Kejayaan pemulihan ekonomi negara, kestabilan politik dan kesejahteraan sosial yang sedang dikecapi ketika ini, adalah hasil kerjasama kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri yang sentiasa berganding bahu menyalurkan keperluan Keluarga Malaysia. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerjasama erat itu adalah bagi memastikan tiada sesiapapun yang tertinggal, seterusnya menangani jurang pendapatan dan membasmi kemiskinan. "Pandemik Covid-19 telah membawa impak yang besar ke atas kehidupan seharian Keluarga Malaysia dan kerajaan tidak pernah alpa dalam menyediakan bantuan daripada segi kewangan, sosial mahupun peluang pekerjaan," katanya. Sumber: Berita Bernama 5 Mac 2022 Jelaskan maklumat yang terkandung dalam berita tersebut dan kesan hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
[8]