SPM Tuition
Subject

KEDAH 2023 P2 Q7

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. "Kerjasama kerajaan Persekutuan, negeri beri manfaat kepada rakyat". Sumber: berita.rtm.gov.my

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan kerjasama dalam aspek penyediaan perumahan rakyat.

      [6]
    2. (b)(i)

      Terangkan aspek keselamatan yang dilaksanakan melibatkan dua agensi berikut: (i) Rajang Area Security Command (RASCOM)

      [3]
    3. (b)(ii)

      (ii) Eastern Sabah Security Command (ESSCOM)

      [3]
    4. (c)

      Baca maklumat dalam petikan berikut. Kerajaan Negeri tidak pernah menolak cadangan projek daripada pihak Persekutuan selagi mana ianya tidak mendatangkan kemudaratan kepada Kerajaan Negeri mahupun rakyat, bahkan mengalu-alukan dan sentiasa memberi kerjasama terhadap mana-mana projek Persekutuan yang bakal memberi kesan positif kepada rakyat tidak kira untuk jangka masa pendek atau panjang. Kerajaan Negeri telah membuat ketetapan bahawa projek-projek pembangunan infrastruktur berskala besar seperti lebuhraya, LRT, MRT, Rel Berkelajuan Tinggi, Talian Voltan Tinggi, Janakuasa dan lain-lain projek berskala besar serta melibatkan implikasi kepada alam sekitar serta penduduk perlu melalui proses rundingan dengan Kerajaan Negeri. Ini bagi membolehkan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) mengambil maklum dan membantu mempermudahkan pelaksanaan projek pembangunan yang dirancang melalui ulasan-ulasan teknikal semasa sesi rundingan tersebut bagi mengelakkan kemungkinan pemajuan berkenaan terkeluar daripada perancangan dan seterusnya menyulitkan kerja-kerja penyelarasan pembangunan fizikal di tapak pembangunan. Selain sebagai medium kawalan, ketetapan ini juga adalah bagi menjamin kepentingan rakyat dalam pelbagai aspek termasuk dalam menikmati manfaat hasil daripada pembangunan yang dijalankan. Sumber ubah suai: Mesyuarat Kedua Penggal Kelima DUN Selangor Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kesannya terhadap negara jika dilaksanakan.

      [8]