SPM Tuition
Subject

KUALA LUMPUR SET 1 2022 P2 Q8

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Pembentukan Sistem Persekutuan di negara kita bermula sejak tahun 1896. Sistem Persekutuan telah memantapkan pentadbiran negara kita pada hari ini.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan konsep sistem Persekutuan di negara kita.

      [4]
    2. (b)

      Terangkan peranan berikut: (i) Pentadbiran Kerajaan Negeri [4 markah] (ii) Pentadbiran Kerajaan Pusat [4 markah]

      [8]
    3. (c)

      Maklumat berikut berkaitan dengan kepentingan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Kejayaan pemulihan ekonomi negara, kestabilan politik dan kesejahteraan sosial yang sedang dikecapi ketika ini, adalah hasil kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang sentiasa berganding bahu menyalurkan keperluan Keluarga Malaysia. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerjasama erat itu adalah bagi memastikan tiada sesiapa pun yang tertinggal, seterusnya menangani jurang pendapatan dan membasmi kemiskinan. "Pandemik Covid-19 telah membawa impak yang besar ke atas kehidupan seharian Keluarga Malaysia dan kerajaan tidak pernah alpa dalam menyediakan bantuan dari segi kewangan, sosial mahupun peluang pekerjaan," katanya. Dalam usaha membantu Keluarga Malaysia, Perdana Menteri berkata, kerajaan telah melakukan pelbagai inisiatif, antaranya menerusi Baucar Perlindungan Tenang, Satu Keluarga Satu Rumah, Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST), selain penyediaan Rumah Mampu Milik dan jalur lebar tanpa wayar. Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/191235/berita/nasional/kerjasama-persekutuan-negeri-pacu-pemulihan-ekonomi-kestabilan-politik Jelaskan maklumat yang anda peroleh daripada sumber di atas. Mengapakah perlunya wujud hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri?

      [8]