SPM Tuition
Subject

MELAKA 2023 P2 Q7

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Sejarah sistem Persekutuan di Malaysia bermula pada tahun 1896 hingga tahun 1963 dan diperkukuh melalui kerjasama serta penyelarasan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan latar belakang sistem Persekutuan di negara kita.

      [6]
    2. (b)

      Jelaskan faktor yang mengukuhkan pelaksanaan sistem Persekutuan.

      [6]
    3. (c)

      Baca maklumat dalam petikan berikut. PUTRAJAYA: Kerajaan Persekutuan menambah baik pemberian dan sokongan kepada kerajaan negeri menerusi Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2023. Antaranya ialah meningkatkan Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup (Pemberian TAHAP) kepada RM400 juta. Kementerian Kewangan akan menambah peruntukan sebanyak RM250 juta bagi penyelenggaraan berkala Jalan Persekutuan supaya sentiasa selamat dan selesa untuk kegunaan rakyat. Bagi tujuan penambahbaikan ke atas pinjaman Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri, Kementerian Kewangan bersetuju mempertimbangkan dan meminda kaedah pengeluaran kepada secara bayaran kemajuan kerja melibatkan pinjaman baharu bagi projek-projek pembangunan di bawah Rolling Plan Rancangan Malaysia. Pemberian-pemberian ini diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya kerajaan negeri bagi demi pembangunan negara lebih seimbang selaras dengan gagasan Malaysia Madani. Sumber ubah suai: https://www.utusan.com.my Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kepentingan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

      [8]