PULAU PINANG 2025 P2 Q7
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Kejayaan pemulihan ekonomi negara, kestabilan politik dan kesejahteraan sosial yang sedang dikecapi ketika ini, adalah hasil kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Sumber : www.sinarharian.com.my
20 marks- (a)
Terangkan kerjasama dalam pembangunan sosioekonomi yang dilaksanakan oleh kedua-dua kerajaan tersebut selepas merdeka.
[6] - (b)
Jelaskan kerjasama dalam penyediaan perumahan rakyat selepas kemerdekaan di negara kita.
[6] - (c)
Baca petikan berikut. Jalinan kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan, sama ada seiring jajaran politik atau tidak, perlu diperkukuh demi kepentingan rakyat keseluruhannya. Kerajaan yang dibentuk ketika ini mempunyai makna lebih besar dalam memacu kemajuan dan pembangunan negara, justeru, perbezaan politik perlu diketepikan kerana ia hanya akan menimbul ketidakstabilan politik di negara kita. Ini untuk membentuk (Malaysia) menjadi sebuah negara yang stabil politiknya dan pertumbuhan ekonominya semakin rancak kerana akan menarik pelabur dari luar negara. Pertumbuhan ekonomi (negara) perlu diberikan keutamaan kerana yang penting adalah kesejahteraan rakyat dalam pelbagai aspek. Sumber diubah suai: www.astroawani.com Huraikan mesej yang terkandung dalam petikan dan cadangkan langkah untuk memperkukuh sistem persekutuan di negara kita.
[8]