SPM Tuition
Subject

SBP 2025 P2 Q7

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Rajah berikut menunjukkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk memastikan kesejahteraan rakyat terjamin. Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri: • Pembangunan Sosioekonomi • Pemuliharaan Khazanah Negara • Penyediaan Perumahan Rakyat • Menjamin Keselamatan dan Kedaulatan Negara

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan kerjasama berikut: (i) Pembangunan Sosioekonomi [4 markah] (ii) Pemuliharaan Khazanah Negara [4 markah] (iii) Penyediaan Perumahan Rakyat [4 markah]

      [12]
    2. (b)

      Baca maklumat dalam petikan berikut. "Pewujudan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) di kawasan keselamatan khas sepanjang 1,400 kilometer di timur Sabah daripada ancaman pengganas Sulu merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu akan membawa manfaat kepada negara. Begitu juga dengan Kawasan Keselamatan Rajang (RASCOM) di Sarawak dapat menjamin keselamatan daripada ancaman komunis. ESSCOM diwujudkan kerana negara menghadapi satu keadaan diancam musuh yang mempunyai senjata, rakyat tidak selamat serta mampu menjejaskan ekonomi. Ancaman ini tidak boleh dibiarkan berlaku dan kita yakin ESSCOM mampu membuahkan kejayaan seperti RASCOM yang dibubarkan pada 6 April 1995. Model RASCOM masih relevan, strategik dan wajar diguna pakai pada abad ke-21 ini kerana negara sedang menghadapi masalah yang sama iaitu berhadapan dengan musuh bersenjata yang menggugat keamanan negara." Sumber diubah suai: https://www.malaysianreview.com, 26 Mac 2013 Berikan ulasan anda.

      [8]