SPM Tuition
Subject

JOHOR SET 2 2024 P2 Q7

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Idea pembentukan Malaysia telah dikemukakan pada akhir abad ke-19 yang melibatkan pihak British dan penduduk tempatan.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan idea pembentukan Malaysia.

      [4]
    2. (b)

      Terangkan langkah-langkah pembentukan Malaysia.

      [8]
    3. (c)

      Teliti maklumat dalam petikan berikut. KUALA LUMPUR: Hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun mempunyai signifikan yang sama dengan sambutan Hari Kebangsaan dan perlu dijiwai oleh seluruh rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi politik. Temenggong Bidayuh Bahagian Kuching Datuk Austin Dimin berkata, "ia kerana sambutan berkenaan antara lain dapat memastikan perpaduan yang menjadi tunjang kekuatan negara dipelihara selain membangkitkan semangat patriotik dalam kalangan belia." "Sesungguhnya, segala kejayaan yang dicapai hari ini ditunjangi oleh usaha pengorbanan pejuang-pejuang kita yang terdahulu. Tidak kurang juga ada di kalangan rakyat yang mengimbau kembali bibit perjuangan dan pengorbanan dilalui oleh ahli keluarga atau mungkin nenek moyang dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan dan kesejahteraan negara seperti yang dikecapi hari ini." "Mungkin bagi generasi baharu, perjuangan dan pengorbanan itu hanya didengar dan difahami daripada kisah diceritakan oleh ibu bapa atau datuk nenek selain menerusi buku teks sekolah, gambar, video, lokasi sejarah, serta mungkin artifak yang dapat diakses daripada pelbagai medium," katanya. Justeru, beliau berkata, "aktiviti promosi dan hebahan Hari Malaysia perlu diteruskan dan dipupuk supaya generasi akan datang terus memahami susur galur sejarah negara yang penuh dengan perjuangan dan pengorbanan tokoh-tokoh terdahulu dalam usaha membina negara." Sumber: https://www.astroawani.com Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan usaha-usaha untuk menghargai perjuangan tokoh-tokoh negara.

      [8]