SPM Tuition
Subject

PERAK 2022 P2 Q8

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Pembentukan Malaysia memperlihatkan kerjasama tokoh dari Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Kesepakatan antara semua pihak akhirnya berjaya membentuk Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan konsep gagasan Malaysia.

      [4]
    2. (b)

      Huraikan faktor - faktor pembentukan Malaysia.

      [6]
    3. (c)

      Baca maklumat dalam petikan di bawah. Tidak dinafikan lagi, penubuhan Malaysia yang merangkumi Malaysia, Sabah dan Sarawak telah berjaya membentuk sebuah negara yang aman dan bebas dari pengaruh dan anasir luar khususnya komunis. Komunis adalah musuh utama negara sebelum kemerdekaan dan awal kemerdekaan. Bagi mengelakkan pengaruh komunis terus berleluasa, kerajaan Tanah Melayu pada waktu itu melihat penggabungan Sabah dan Sarawak serta Singapura dapat menyelesaikan masalah ini. Walaupun pengaruh Komunis berlangsung dalam tempoh 1948 hingga 1960, saki-baki komunis masih lagi ada dan ini telah memperkuatkan lagi usaha Tunku Abdul Rahman pada waktu itu untuk menubuhkan Malaysia. Setelah Malaysia ditubuhkan, masalah ini telah dapat diatasi sedikit demi sedikit dan ekoran daripada usaha kerajaan, keamanan telah dapat diwujudkan. Hasilnya sehingga ke hari ini, Malaysia telah menjadi antara negara yang bebas dari pengaruh dan anasir asing. Ini merupakan manfaat yang paling berharga yang telah dinikmati oleh generasi baharu Malaysia kerana dapat hidup dengan aman dan damai. Ini berbeza dengan kehidupan nenek moyang mereka zaman dahulu yang sentiasa hidup dalam ketakutan, kerisauan, kebuluran dan menjadi mangsa kekejaman komunis. https://news.ump.edu.my/experts/manfaat-penubuhan-malaysia-16-september-1963 Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan manfaat yang diperolehi hasil daripada pembentukan Malaysia.

      [10]