PUTRAJAYA 2024 P2 Q8
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Usul pembentukan Malaysia dibentangkan di Dewan Rakyat pada 16 Oktober 1961 dan mendapat sokongan majoriti ahli dewan.
20 marks- (a)
Bagaimanakah langkah berikut dapat menjayakan pembentukan Malaysia? (i) Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia [4 markah] (ii) Suruhanjaya Cobbold [4 markah] (iii) Jawatankuasa Antara Kerajaan [4 markah]
[12] - (b)
Baca petikan berikut. Penubuhan Malaysia, secara amnya, telah terbentuk satu negara yang besar dan disegani oleh kawan dan lawan. Dengan penggabungan ini, lahirlah sebuah negara pelbagai bangsa dengan nama Malaysia yang gah dan masyhur dengan ekonomi yang kukuh dan politik yang sukar ditandingi. Apabila menjadi sebuah negara yang besar, mantap dari segi sosiopolitik maka sudah tentu ia menjadi perhatian seluruh dunia. Dalam hal ini, keselamatan negara perlu sentiasa dipantau dari semasa ke semasa. Jadikan peristiwa di Lahad Batu sebagai peringatan buat rakyat Malaysia semua agar sentiasa bersatu padu dan berdiri teguh di belakang pemimpin bagi bersama-sama menjaga keselamatan dan kedaulatan negara Malaysia yang tercinta ini. Sumber: https://news.umpsa.edu.my/experts/manfaat-penubuhan-malaysia-16-september-1963 Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan iktibar yang boleh diambil.
[8]