SABAH 2025 P2 Q7
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Pembentukan Malaysia memperlihatkan kerjasama tokoh dari Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Kesepakatan antara semua pihak akhirnya berjaya membentuk Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963.
20 marks- (a)
Jelaskan faktor pembentukan Malaysia.
[6] - (b)
Pelbagai cara dilakukan untuk merealisasikan pembentukan Malaysia. Buktikan.
[6] - (c)
Baca petikan berikut. Kabong: Hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun bertujuan memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir berkata, dengan pembentukan negara yang memiliki pelbagai etnik dan budaya, semangat cintakan negara perlu disemat di dalam jiwa agar Malaysia bertambah aman dan harmoni. Tanpa penghayatan dan pemahaman sejarah sambutan Hari Malaysia hanyalah sekadar ‘hari cuti umum’. Tambah beliau lagi tarikh 16 September itu sangat relevan kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kemerdekaan yang kita kecapi hari ini tidak mungkin berlaku sekiranya negara kita masih lagi di bawah cengkaman kolonial British. Chee Kadir berkata memang wajar sambutan Hari Malaysia disambut setiap tahun kerana ia akan memperingati rakyat bahawa negara telah mencapai kemerdekaan dengan bersatu hati dan berganding bahu untuk membina sebuah negara yang maju dan bersatu padu. Tambah beliau lagi, untuk menyambut Hari Malaysia rakyat termasuk ahli politik perlu mengetepikan perbezaan politik masing-masing untuk sama-sama menyambut Hari Malaysia. Sumber diubahsuai dari keratan akhbar: Utusan Sarawak/Hayati Sejarah Pembentukan Malaysia/ 19 September 2020/Sabtu Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan.
[8]