SELANGOR SET 1 2023 P2 Q8
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Usul pembentukan Malaysia yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 16 Oktober 1961 mendapat sokongan majoriti rakyat. Sehubungan dengan itu, pelbagai langkah diambil untuk merealisasikan pembentukan Malaysia.
20 marks- (a)
Terangkan siri lawatan pemimpin negara dalam usaha membentuk Persekutuan Malaysia.
[4] - (b)
Jelaskan tentang jawatankuasa berikut: (i) Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM) [4 markah] (ii) Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) [4 markah]
[8] - (c)
Baca maklumat dalam petikan berikut. Kekuatan utama Malaysia sejak merdeka ialah kestabilan politik yang telah membolehkan negara ini mencapai kejayaan yang membanggakan dalam pelbagai bidang. Untuk memastikan Malaysia terus mencatatkan kejayaan, kita memerlukan keamanan dan kestabilan politik. Malaysia mempunyai potensi yang sangat besar untuk menjadi sebuah negara maju. Kita mempunyai pelbagai sumber dan modal insan yang berkualiti. Salah satu prasyarat untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi ialah pelaburan dalam dan luar negeri. Pelaburan adalah di antara pemangkin kepada pemulihan ekonomi yang dapat menyediakan peluang pekerjaan, menjana pendapatan dan meningkatkan eksport. Iklim pelaburan yang kukuh serta kestabilan politik akan memastikan Malaysia dapat terus menarik pelaburan dari dalam dan luar negara. Sumber diubah suai daripada petikan ucapan Dato' Sri Mustapa Mohamed, 5 Ogos 2021 Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan langkah-langkah untuk mencapai sebuah negara maju.
[8]