SPM Tuition
Subject

SELANGOR SET 1 2024 P2 Q8

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Pembentukan Malaysia merupakan peristiwa penting dalam sejarah negara. Beberapa langkah dibuat untuk menjayakan pembentukan Malaysia.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan tentang jawatankuasa berikut: (i) Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM). [4 markah] (ii) Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK). [4 markah]

      [8]
    2. (b)

      Huraikan cabaran selepas pembentukan Malaysia.

      [4]
    3. (c)

      Baca maklumat dalam petikan berikut. 31 Ogos 1957 dan 16 September 1963, merupakan dua hari keramat bagi negara kita. Jadi oleh yang demikian, mari kita raikan dan tunjukkan bahawa kita adalah satu generasi rakyat yang faham perjuangan bapa-bapa dan ibu-ibu kita mencapai kemerdekaan. Bagaimana harus kita tunjukkan kesetiaan dan kecintaan kita? Tidak lain dan tidak bukan adalah menerusi pematuhan terhadap semangat dan prinsip perlembagaan, di samping meraikan, menyantuni dan menjayakan hari keramat 31 Ogos. Saya syorkan mulai sekarang sehingga 31 Ogos Hari Kemerdekaan Negara dan seterusnya Hari Malaysia 16 September, kita kibarkan Jalur Gemilang dengan megah di setiap kenderaan, bangunan pejabat, di rumah dan di mana sahaja untuk menunjukkan bahawa Malaysia sekarang bangkit sebagai sebuah negara yang bersatu padu yang mempunyai cita-cita dan idealisme untuk menghayati semangat kemerdekaan itu. Mulai hari ini sehingga 31 Ogos, Hari Kemerdekaan Tanah Melayu dan 16 September, Hari Malaysia kibarkan bendera Malaysia 'Jalur Gemilang'. Ini merupakan satu cetusan semangat baharu dan petanda perubahan dalam negara kita. Sumber diubah suai daripada petikan ucapan khas Perdana Menteri, 22 Ogos 2023 Jelaskan maklumat yang terkandung dalam ucapan tersebut dan langkah-langkah untuk mengukuhkan negara bangsa Malaysia.

      [8]