SMKA 2025 P2 Q8
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Sokongan majoriti ahli di Dewan Rakyat terhadap usul yang telah dibentangkan pada 16 Oktober 1961 telah menggerakkan usaha Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu merealisasikan pembentukan Malaysia.
20 marks- (a)
Jelaskan langkah-langkah pembentukan Persekutuan Malaysia.
[6] - (b)
Terangkan inti pati Perjanjian Malaysia.
[6] - (c)
Baca maklumat dalam petikan berikut. Kuala Lumpur: Tugas paling mendesak bagi rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh. Hal ini hanya boleh dicapai jika semua pihak menolak bentuk ekstremisme yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum dan agama. Penting bagi semua rakyat yang sederhana dan patriotik untuk terus memperjuangkan usaha membentuk bangsa Malaysia yang bersatu padu. Semangat perpaduan dan muhibbah bukan sahaja ketika merayakan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September. Cabaran perpaduan dalam masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya menjadi kunci utama kelangsungan hidup kita sebagai sebuah negara. Amat dikesali jika ada sesiapa yang membuat kenyataan panas dan provokatif yang membawa kepada konflik dan ketegangan serius yang boleh menjejaskan keamanan, keharmonian dan perpaduan negara. (Sumber ubahsuai: Berita Harian 9 September 2019) Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan dan langkah-langkah memupuk perpaduan kaum di negara kita.
[8]