SPM Tuition
Subject

TERENGGANU 2025 P2 Q7

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Idea gagasan Malaysia yang dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ialah penggabungan Persekutuan Tanah Melayu dengan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei untuk merdeka dalam satu sistem Kerajaan Persekutuan.

    20 marks
    1. (a)

      Mengapakah wilayah-wilayah tersebut bersetuju menyertai Malaysia?

      [4]
    2. (b)

      Bagaimanakah reaksi wilayah-wilayah tersebut terhadap idea gagasan Malaysia.

      [8]
    3. (c)

      Baca maklumat dalam petikan berikut. Hari Malaysia ialah hari untuk seluruh rakyat Malaysia, maka ia perlu diraikan bersama di seluruh pelosok negara. Justeru, Hari Malaysia sepatutnya diraikan di bandar lain di negara kita, sebagaimana Hari Kebangsaan pada 31 Ogos perlu juga diraikan di ibu negeri lain, termasuk di Kuching dan Kota Kinabalu. Hakikatnya, ketika kesepaduan sosial perlu dikukuhkan, kita tidak harus lupa untuk mengukuhkan integrasi nasional. Perpaduan kaum dan perpaduan antara negeri dan tiga wilayah itu penting diperkukuhkan. Bersatu teguh bercerai roboh. Sikap tolak ansur dan persefahaman perlu dipupuk dan dimantapkan. Kita tidak boleh membiarkan racun dan anai-anai merosakkan rumah yang kita bina lebih lima dasawarsa. Malaysia yang makmur dan maju hanya dapat dicapai jika kita memiliki persefahaman jitu dan bersedia untuk berkorban sebagai rakyat Malaysia. Sumber diubah suai: https://www.bharian.com.my/amp/rencana Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kepentingan pembentukan Malaysia dalam meningkatkan imej negara.

      [8]