SPM Tuition
Subject

JOHOR SET 1 2023 P2 Q4

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. “Hari 13 Mei akan tercatit dalam sejarah kita sebagai hari tragedi nasional. Pada hari itu asas pentadbiran negara kita telah menerima paluan yang sehebat-hebatnya pernah dialami dengan meletusnya rusuhan antara kaum” (The National Operations Council, 1974. The May 13 tragedy : A report. Kuala Lumpur Government Printers, hlm 88)

    10 marks
    1. (a)

      Apakah faktor yang membawa tragedi rusuhan kaum tersebut berlaku?

      [3]
    2. (b)

      Bagaimanakah pemimpin negara kita berjaya mengembalikan keamanan negara kita?

      [3]
    3. (c)

      Berikut adalah sedutan ucapan Tunku Abdul Rahman menerusi RTM bertarikh 13 Mei 1969 kira-kira 10.30 malam. “Kuala Lumpur telah menjadi satu bandar yang terang dengan api kebakaran di sana sini dan dapat dilihat dengan jelas dari rumah yang terletak di atas bukit. Inilah satu pemandangan yang sangat menyedihkan dan saya tidak menyangka saya akan menyaksikan kejadikan yang seperti itu semasa hayat saya. Api yang menjilat bangunan itu telah menghanguskan segala usaha-usaha saya dalam beberapa tahun yang lepas untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bahagia dan aman, dan juga menghancurkan impian saya hendak menjadi perdana menteri yang paling bahagia sekali di dunia ini.” Berdasarkan kandungan ucapan tersebut, jelaskan kesan ke atas ekonomi dan politik negara kita jika tragedi tersebut berulang.

      [4]