SPM Tuition
Subject

JOHOR SET 6 2024 P2 Q4

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Malaysia berhadapan dengan pelbagai cabaran selepas pembentukannya.

    10 marks
    1. (a)

      Apakah cabaran dalaman yang dihadapi selepas pembentukan Malaysia?

      [2]
    2. (b)

      Nyatakan usaha kerajaan bagi mengatasi cabaran pembangunan dan sosioekonomi di Sarawak dan Sabah.

      [4]
    3. (c)

      Pernyataan berikut merujuk kepada perkembangan ekonomi negara pada tahun 2020. KUALA LUMPUR - Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatatkan penyusutan 3.4 peratus pada suku keempat 2020 dalam keadaan peningkatan ketara kes jangkitan Covid-19 sekali gus menjadikan prestasi keseluruhan tahun kepada -5.6 peratus berikutan perintah sekatan dan penutupan sempadan di peringkat global. Sektor pembuatan merupakan penyumbang utama ekonomi pada suku keempat 2020 apabila mencatatkan pertumbuhan positif manakala perkhidmatan, perladangan dan perlombongan masing-masing mengalami penguncupan. Ketua Perangkawan, Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, kali terakhir KDNK tahunan negara mencatatkan kemerosotan adalah pada 2009 dengan -1.5 peratus dan prestasi tahunan 2020 merupakan penyusutan kedua terbesar selepas 1998 pada -7.4 peratus akibat Krisis Kewangan Asia. Bercakap pada sidang media pengumuman prestasi KDNK suku keempat 2020 pada Khamis, beliau berkata pertumbuhan lebih perlahan pada suku berkenaan disebabkan terutamanya oleh sekatan pergerakan yang lebih ketat selain gangguan bekalan komoditi. Sumber: https://www.utusan.com.my Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan di atas. Bagaimanakah anda dapat membantu Kerajaan untuk memajukan ekonomi negara?

      [4]