SPM Tuition
Subject

KELANTAN 2023 P2 Q7

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Selepas Pembentukan Malaysia 1963 Parti Komunis Malaya (PKM) memberi ancaman keselamatan terhadap kerajaan di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

    20 marks
    1. (a)

      Apakah bentuk ancaman tersebut?

      [6]
    2. (b)

      Terangkan usaha kerajaan mengatasi ancaman tersebut.

      [6]
    3. (c)

      Baca maklumat dalam petikan berikut. Keganasan yang dicetuskan oleh pihak komunis di Sarawak bertujuan untuk menguasai pentadbiran dan menjadikannya sebagai sebuah negara satelit China. Perkembangan propaganda dan kekacauan awal yang dibuat bagi membuktikan kekuatan mereka kepada masyarakat di samping melakukan keganasan terhadap pihak keselamatan di Sarawak. Selain itu, bantuan yang datang secara dalaman dan luaran termasuk pihak Indonesia yang beraliran Komunisme, pemberontak dari Brunei serta parti politik dalaman memperkuatkan agenda pihak komunis untuk mencapai hasrat yang diingini. Sebelum berkembangnya gerakan ini juga pihak komunis berjaya menguasai dan menyelinap masuk ke dalam parti politik dominan dan kesatuan sekerja sejak dari tahun 1920-an lagi menerusi kaedah paksaan, tipu helah dan kekerasan. Gerakan ini akhirnya mulai lemah selepas satu persatu kekuatan mereka termasuk sokongan luar dilemahkan melalui berpuluh operasi pihak keselamatan dan bantuan pihak luar yang anti-komunis Sumber: Jurnal Perspektif (2020) Jil. 12 Bil. 2 (52-62) December 2021 Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.

      [8]