SPM Tuition
Subject

PERAK 2024 P2 Q8

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Peristiwa rusuhan antara kaum berlaku 13 Mei 1969, bermula beberapa hari setelah diadakan Pilihan Raya Umum Ketiga tertumpu di Kuala Lumpur, Selangor dan kawasan sekitarnya.

    20 marks
    1. (a)

      Apakah faktor yang menyebabkan tercetusnya rusuhan tersebut?

      [4]
    2. (b)

      Jelaskan usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi menangani tragedi tersebut. (i) Pengisytiharan darurat. [4 markah] (ii) Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) [4 markah]

      [8]
    3. (c)

      Teliti maklumat berikut. Pendekatan integrasi menjadi tunjang agenda perpaduan negara membolehkan masyarakat berbilang bangsa dan agama hidup bersama-sama dalam suasana harmoni di samping mengekalkan identiti dan ciri bangsa masing-masing. Keharmonian dan kesejahteraan dalam hubungan masyarakat akan hanya dapat diwujudkan jika setiap individu mempunyai pemahaman baik terhadap peranan masing-masing untuk menerapkan nilai murni dalam interaksi seharian. Hubungan baik dalam masyarakat berbilang bangsa tidak boleh dijadikan taruhan oleh mana-mana pihak yang mempunyai agenda peribadi atau kelompok tersendiri. Perlu ada belas kasihan kepada rakyat yang inginkan keamanan dan kestabilan negara agar berpeluang untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan selamat dan terjamin. Cukuplah kekacauan dan konflik di negara asing sebagai pengajaran kepada kita. Sumber : https://www.bharian.com.my/rencana/komentar Huraikan mesej yang terkandung dalam petikan tersebut dan kepentingan mengekalkan keharmonian kaum di negara.

      [8]