SPM Tuition
Subject

SABAH 2023 P2 Q7

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Peristiwa rusuhan kaum berlaku pada 13 Mei 1969 bermula beberapa hari setelah diadakan Pilihan Raya Umum Ketiga. Keputusan pilihan raya menyebabkan berlakunya ketegangan antara penyokong parti politik memprovokasikan keadaan.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya rusuhan kaum di negara kita.

      [6]
    2. (b)

      Pengisytiharan perintah darurat yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong pada 16 Mei 1969 ke seluruh negara adalah antara usaha mengelakkan kekacauan dan menghentikan rusuhan serta menghalang daripada merebak ke bandar-bandar lain. Terangkan.

      [6]
    3. (c)

      Baca maklumat pada petikan berikut. KUALA LUMPUR - Peristiwa berdarah rusuhan kaum paling dahsyat di negara ini pada 13 Mei 1969, perlu menjadi pengajaran betapa pentingnya masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk terus bersatu padu dan hidup dalam harmoni. Pengajaran daripada peristiwa 50 tahun lepas itu penting bukan untuk rakyat sahaja dari segi kerukunan, namun bagi meningkatkan kemajuan negara. Peristiwa 13 Mei memberi peringatan tentang kebenaran peribahasa kalah jadi abu, menang jadi arang kerana konflik itu merugikan semua kaum, selain menjejaskan imej negara di persada antarabangsa. Kejadian itu turut menuntut keperluan menghormati kontrak sosial (kini Perlembagaan Persekutuan) tentang agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa kaum Melayu dan kelompok asal Sabah dan Sarawak, serta kedaulatan raja Melayu. Peristiwa ini perlu selalu diperingat kepada rakyat untuk memastikan ia tidak berulang lagi dengan menentukan hubungan etnik sentiasa baik. Keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini boleh kembali terjejas dengan perkembangan etnopopulisme, iaitu fahaman yang mengarah kepada pembahagian masyarakat kepada dua kelompok berdasarkan kaum dan agama, yang berpotensi bersengketa antara satu sama lain. Semua pihak perlu memberi perhatian utama kepada soal perpaduan kaum yang harus dipertingkatkan di Semenanjung Malaysia dan integrasi wilayah yang lebih baik antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Kerajaan juga perlu mengambil tindakan tegas dan segera terhadap pihak yang membangkitkan sentimen perkauman dan menghina agama. (Sumber ubah suai: https://www.sinarharian.com.my/) Beri ulasan anda.

      [8]