SPM Tuition
Subject

SARAWAK SET 2 2022 P2 Q4

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Pembentukan Malaysia berjaya direalisasikan pada 16 September 1963. Walau bagaimanapun, pada peringkat awal penubuhan, negara terpaksa berhadapan dengan cabaran kerana mempunyai penduduk yang pelbagai latar belakang kaum dan etnik. Malahan kegiatan komunis menjadi ancaman kepada keselamatan negara sejak sebelum merdeka dan berterusan sehingga selepas pembentukan Malaysia. Keputusan pemisahan Singapura dari Malaysia diambil sendiri oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau di London pada tahun 1965. Akhir sekali, pada 13 Mei 1969, berlaku peristiwa hitam dalam sejarah negara kita apabila terjadinya rusuhan kaum di Kuala Lumpur dan Selangor. (Sumber: Buku Teks KSSM Sejarah Tingkatan 5)

    10 marks
    1. (a)

      Berdasarkan maklumat di atas, nyatakan cabaran yang dihadapi selepas pembentukan Malaysia 1963.

      [3]
    2. (b)

      Huraikan salah satu cabaran yang dinyatakan di (a).

      [3]
    3. (c)

      Usaha mengekalkan keharmonian negara yang memiliki masyarakat berbilang kaum bukan satu perkara yang mudah dan boleh dipandang enteng. Cadangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan bagi menjaga keharmonian yang telah kita kecapi selama ini.

      [4]