SELANGOR SET 3 2024 P2 Q8
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Kegiatan komunis menjadi ancaman kepada keselamatan negara sejak sebelum merdeka.
20 marks- (a)(i)
Jelaskan bentuk ancaman komunis di wilayah berikut: (i) Sarawak
[4] - (a)(ii)
(ii) Semenanjung Malaysia
[4] - (b)
Terangkan usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengatasi ancaman tersebut.
[4] - (c)
Maklumat berikut berkaitan pandangan terhadap komunis. KUALA LUMPUR: Seorang pakar antikeganasan mendakwa, negara kini diancam kegiatan terancang kumpulan pro perjuangan subversif, yang secara halus cuba menghidupkan kembali ideologi komunis. Pakar Kajian Strategik dan AntiKeganasan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Madya Dr. Mizan Mohammad Aslam, berpendapat jika isu itu tidak ditangani segera, keselamatan negara berada pada tahap kritikal kerana ancaman komunis lebih bahaya daripada militan agama. Katanya, ideologi komunis yang mahukan kesamarataan hak, sekali gus menghapuskan keistimewaan bangsa asal di negara ini boleh menimbulkan rasa tidak tenteram dan huru-hara. "Sejarah dan bukti menunjukkan tindakan komunis terhadap orang awam lebih kejam berbanding kumpulan subversif lain di dunia ini, terutamanya melalui lipatan sejarah perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu." (Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/11/633513/waspada-gerakan-hidupkan-ideologi-komunis-di-negara-ini, November 30, 2019) Jelaskan maklumat dalam petikan tersebut dan kepentingan mengekalkan keamanan di negara kita.
[8]