SPM Tuition
Subject

PERLIS 2023 P2 Q8

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Dunia pendidikan pada masa kini semakin mencabar bagi memastikan matlamat melahirkan modal insan yang hebat tercapai.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan.

      [4]
    2. (b)

      Baca Falsafah Pendidikan Kebangsaan berikut. Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Bagaimanakah Falsafah Pendidikan Kebangsaan berjaya melahirkan modal insan yang hebat?

      [8]
    3. (c)

      Petikan berikut berkaitan isu keciciran murid di Malaysia. "Kegagalan murid menguasai dengan baik tiga kemahiran asas - membaca, menulis dan mengira (3M) akan memberi kesan kepada pembelajaran mereka di peringkat tinggi dan seterusnya ketinggalan sekiranya tiada langkah intervensi diambil," kata Prof Madya Dr Azlin Norhaini Mansor. Menurut Pengerusi Pusat Kajian Kepimpinan dan Polisi Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, kesan daripada masalah berkenaan akan dapat dilihat dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang, khususnya dari segi kualiti modal insan pada masa tersebut. "Unesco menganggarkan 50 peratus murid langsung tidak hadir ke sekolah sepanjang pandemik. Walaupun tiada data yang jelas tentang situasi di Malaysia, saya jangkakan keadaan hampir sama berlaku di sini," katanya. Menurut beliau, situasi itu membimbangkan kerana kajian di luar negara mendapati penutupan sekolah selama lapan minggu sudah boleh menyebabkan kehilangan pembelajaran. Sumber ubah suai : https://majoriti.com.my, 12 Januari 2022 Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan cadangkan langkah untuk mengatasi masalah keciciran murid.

      [8]